Sunday, October 18, 2009

Detik Manis Bersama KDP14 Minggu GBSR



salam sejahtera..
berikut adalah antara foto yang sempat di'snap' pd jamuan bersama barisan pensyarah yg mengajar kami..terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak..semoga ilmu yg kita dapat dimanfaatkan sebaik mungkin utk masa depan anak didik kita..

Tuesday, October 13, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

salam...
kepada semua rakan2 seperjuangan..
saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir kursus
pada :

tarikh : 15 oktober 2009
jam : 9.00 - 11.30 pagi
tempat : dewan kuliah D-1-2 ( kelas bawah )

apapun...good luck for everyone..jgn lupa study..

posted by:
admin ( kono )

Sunday, October 11, 2009

Kemahiran Belajar

Kemahiran Belajar


1.Kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk
pembelajaran masteri.

2. Rasional Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan

2.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumr hidup yang perlu dikuasai
oleh pelajar.
2.2 Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk
menguasai apa yang telah diajar
2.3 Oleh yang demikian, pelajar harus belajar dan menguasai kemahiran
belajar berikut :
i. Kemahiran dalam proses belajar
ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan

3. Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?

3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:
i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:
a. Pelajar anda boleh menerima dan 'mendaftar' data atau meklumat di mindanya
dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga
cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima:
a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana
pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau
maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:
a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari
b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip
dalam proses mengingat ialah ulangan.
iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari
a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke
dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang

3.2 Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus
i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.

3.3 Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya.

4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan.

4.1 Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk
belajar dan menguasai sesuatu.
4.2 Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu
berbanding dengan pelajar cerdas.
4.3 Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
4.4 Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata
pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV.
4.5 Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa
belajar untuk mata pelajaran itu.
4.6 Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan

5.1 Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran
perpustakaan.
5.2 Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang
dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri.
5.3 Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan
rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad
katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.
5.4 Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.

6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?
6.1 Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi
pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan
sesuatu masalah dengan sendiri.
6.2 Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:
i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki:
Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang
saran atau bertanya.
ii. mengumpulkan maklumat itu:
Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan
multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan
7.1 Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran
itu merupakan kemahiran sseumur hidup.
7.2 Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang
dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.
7.3 Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik
untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang
dikehendaki.
ii. Question: Menyoal
Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca
Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah
dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali
Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan
v. Review: Menyemak
Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan
8.1 Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi
mereka tidak diajar bagaimana membuat nota.
8.2 Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran
ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu
maklumat.
8.3 Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu
maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta
mengingat maklumat itu.
8.4 Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalinatau mencatat
nota.
8.5 Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh
guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku,
majalah dan sebagainya.
8.6 Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting
yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain.
8.7 Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam
pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah.
8.8 Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:
i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara
ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai
warna jika perlu.
8.9 Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, รน = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran
8.10 Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan,
pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.

9. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
9.1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak
bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
9.2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
9.3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita
ulangkaji lebih lama ingatan
9.4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji
yang berbeza.
9.5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda:
Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau
lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah,
peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu
ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan
perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga
digunakandgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan
sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta
konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang
telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen,
ingatan mereka lebih lama.
b. Misalnya, pelajar yang melakukankerja amali atau eksperimen berkaitan dengan
fotosintesis, ingatan mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan
akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual
seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya
dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi.
9.6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di
atas secara
berasingan atau kombinasi.
9.7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.

10. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu Dikembangkan
10.1 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda
mendapat markah yang lebih tinggi.
10.2 Pelajar harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun
yang lepas untuk mengetahui:
i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan
peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.
10.3 Pelajar seharusnya berlatih sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan
peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk
menjawab soalan peperiksaan awam.
10.4 Dalam proses berlatih:
Pelajari harus mengetahui cara menjawab soalan peperiksaan dengan
contoh-contoh yang sesuai.
10.5 Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif,
subjektif atau kedua-duanya.
10.6 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan
10.7 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.

11. Rumusan
11.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu
adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar
oleh anda.
11.2 Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar:
Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan:
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat:
Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan
menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca:
SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal,
membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. Kemahiran membuat nota:
Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks,
akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti
objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
vii. Kemiharan memotivasi:
Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau
hukumandancara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan
ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat:
Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan,
kerja
amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.


Teknik Belajar Cara Sistem PQRST

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha
Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every
Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )

Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam
sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka
dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.


(b) Question ( Menyoal )

Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi
penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.


(c) Read ( Membaca )

Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat
menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )

Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu
gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu
semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.


(e) Test ( Ujian )

Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya,
anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu
melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan
teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Bahan



Daripada,

Pn.PuspaDavi

How to... Remember Information for Exams

Systems Needed:
The Number/Rhyme Technique
The Number/Shape Technique
The Alphabet Technique
The Journey Technique
Concept or Memory Maps


Using the Tools:

A very effective way of structuring information for revision is to draw up a full, color-coded concept or memory map of a subject. This will help you to see the overall structure of the topic and show you the associations between pieces of information. A good concept map can be an effective mnemonic in its own right.
The problem with this is that you can forget the label on a line on a concept map. A more reliable method is to take your concept map, and break it down into a numbered list of important points. You can then use one of the peg techniques (see links above) to remember the items on the list.

Alternatively you can use the journey technique for longer lists.
By associating items on a list with a peg system or journey, you can check that you have retrieved all items held by the mnemonic. Supporting facts can be associated into images or sub-mnemonics. These could be triggered by the pegs for the peg systems, or at landmarks if you use the journey system. Alternatively you can loosely associate this information with the facts coded.


Retrieving all the facts necessary to answer an exam essay question becomes as simple as running through the mnemonic in your mind. As you go, jot down the retrieved facts that are relevant to the question. Once you have written these down, you can apply any other mnemonics you have coded, or note any associated facts and connections that occur to you. This should ensure that you have all possible information available to you, and should help you to produce a good essay plan.

From Zakaria Mohamed

Refleksi Kaunseling Kelompok Kerjaya di SJKC Mun Choong

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Bahasa Melayu

Nama Guru : Cheah Poh Choo

Mata Pelajaran : Kaunseling Kelompok

Unit : KDP 14M –Bimbingan dan Kaunseling

Tajuk Tugasan : Refleksi Hasil daripada Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Menjalankan Sesi Kelompok.

Tarikh Mula : 1.9. 2009


Pengenalan

Kaunseling kelompok merupakan satu proses yang menghubungkan individu dalam sekumpulan orang secara dinamik tentang tingkah langkku dan pemikiran yang ditimbulkan yang melibatkan fungsi-fungsi terapi (pemulihan) seperti usaha mengesahkan dan memperakui kenyataan, meluahkan perasaan, saling percaya-mempercayai, mengambil berat, persefahaman, penerimaan dan sokongan. Semua fungsi terapi ini digunakan dalm sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor.

Semasa menjalankan praktikum selama 4 minggu di SJK (C) Mun Choong, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Saya dapat satu senarai nama kelompok yang terdiri daripada enam murid Melayu dalam Kelas yang sama iaitu Fatin, Lea Hanis, Harashikin, Yanie, Nur Fadhlin dan Zulkifri, Kelas 6S untuk menjalankan sesi kelompok Kaunseling Kerjaya. Kelompok kaunseling kerjaya diadakan bagi pelajar-pelajar yang berminat terhadap maklumat kerjaya atau pekerjaan. Dengan maklumat yang ada, saya akan membimbing dan meyakinkan pelajar agar mereka mudah mencari dan memilih pekerjaan yang sesuai. Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan sebanyak empat sesi selama ½ jam setiap sesi.

Matlamat kaunseling kelompok ini ialah;
a) Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut minat dan kebolehan
b) Menolong pelajar pelajar penyesuaian diri, sosial, emosi dan akedemik dengan persekiran untuk memotivasikan diri ke arah kejayaan.
c) Mengenali diri tentang kelebihan dan kelebihan diri.
d) Memupuk pelajar supaya lebih menyakinkan diri tentang pilihan kerjaya mereka.
Mengikut Hansen dan rakan (1980) peringkat-peringkat kaunseling kelompok terbahagi kepada lima iaitu;
1. Peringkat Permulaan
2. Peringkat Konflik Pertentangan
3. Peringkat Perkembangan dan Kesepaduan
4. Peringkat Hasil
5. Peringkat Penamatan


Peringkat Permulaan
Dalam Peringkat ini , sebagai permulaan setiap ahli kumpulan telah memperkenalkan nama dan latar belakang peribadinya secara ‘round Robin’. Oleh kerana masa sekarang adalah bulan berpuasa, murid-murid juga melahirkan perasaan mereka tentang persediaan untuk meraikan perayaan ini. Peranan saya sebagai permulaan adalah untuk menggalakkan penyertaan dan sumbangan ahli-ahli dalam sesi perbincangan dan penstrukturan telah diberikan supaya ahli-ahli akan memegang kerahsiaan di antara ahli.

Peringkat Perkembangan dan Kesepaduan

Seterusnya perkara-perkara yang penting dalm peringkat ini ialah mewujudkan suasana kemesraan dan kepercayaan bersama. Pada mulanya, saya menyuruh ahli-ahli supaya membayangkan pekerjaan idamannya pada satu hari nanti selama 1 minit. Ahli-ahli agak kabur dan tidak yakin diri tentang pilihan mereka semasa memberi pendapat mereka. Oleh itu, saya memberi tugasan kepada ahli-ahli supaya balik ke rumah untuk memikirkan satu pekerjaan yang sesuai dengan persolnaliti dan minat diri sendiri dan membawa gambar keratan akhbar yang berkaitan pekerjaan tersebut sekiranya ada. Saya juga menyentuh tentang isu harapan mereka tentang keputusan UPSR mereka. Ahli-ahli kumpulan juga ingin mendengar pendapat ahli lain. Dengan ini kepercayaan di kalangan ahli akan meningkat dan kesepaduan akan mudah dicapai sekaligus.


Peringkat Hasil

Apabila suasana kesepaduan dalam perbingcangan berjalan dengan baik, mudalah bagi saya untuk menggalakan setiap ahli supaya berani mengeluarkan cadangan-cadangan mereka. Fatin mengeluarkan pendapat hendak menjadi Pengarah dalam sesuatu organisasi kerana suka memimpin orang dan selau menceburi sebagai ketua dalam Persatuan Sabit Merah. Lea yang hendak menjadi penulis ada blog sendiri supaya dapat melatihkan diri untuk persediaan latihan diri pada masa hadapan. Norashikin walaupun ada masalah kulit yang mengganggukan imegnya tetapi azam untuk menjadi seorang guru dan mendidikan anak-anak bangsa akan datang. Yanie yang bercita-cita menjadi penyanyi sentiasa ada sokongan dari ayah di pentas semasa mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian, sokongan positif diberi oleh ahli kumpulan. Hasil dan buah fikiran yang diluahkan telah memberi kepuasan kepada ahli.

Peringkat Penamatan

Dalam peringkat akhir ini, saya menjalankan satu aktiviti yang bertajuk `Cermin Diri’ agar mengenali diri tentang kelebihan dan kelemahaan diri dengan menunjukan cermin kepada ahli kumpulan. Mereka menerima bahawa setiap mempunyai kelemahan diri dan bukan setiap benda ada kesempurnanya seratus peratus. Ahl-ahli telah memberikan peluang untuk menyatakan komen diri berdasarkan cermin.

Seterusnya, saya menggalakan ahli-ahli membuat ringkasan dan resolusi hasil daripada sesi sepanjang yang dijalankan. Pada akhir sesi ini juga, ahli-ahli sudah mempunyai kesedaran untuk memperbaiki kelemahan diri untuk cemerlang. Contohnya ada ahli yang tidak suka tentang hidung dan rambutnya.Mereka juga bersetuju untuk mengambil tindakan yang positif untuk persiapan diri bagi menghadapi pelbagai cabaran, malah mereka menyedar bahawa dalam kehidupan dunia ini kita tidak bersendirian malah memerlukan antara satu sama lain.

Rumusan

Secara keseluruhanya, matlamat kelompok init dicapai kerana dapat mewujudkan tingkah laku yang positif hasil daripada rangsangan daripada ahli-ahli kelompok. Salah satu kelemahan yang perlu ditingkatkan lagi ialah disiplin ahli perlu diambil kira.Selain itu, kumpulan dapat memahami persamaan dan kelainan di antara ahli-ahli kelompok serta dapat berkongsi idea. Ahli juga melahirkan sifat-sifat yang baik seperti jujur, iklas dan bertanggungjawap dalam membicarakan sesuatu dan memahami diri sendiri dengan lebih mendalam tentang pilihan kerjaya mereka. Dengan itu, kejayaan sesi haruslah ke arah bekerjasam dan bukannya paksaan dan memerlukan seseorang kaunselor untuk mendengar dan memahai apa yang diperkatakan oleh klien supaya membantu klien menghadapi masalah psikologi dan akhirnya matlamat kelompok dapat dicapai.

Thursday, October 8, 2009

Stress Management

1. Breathing exercises are an ideal way to relieve stress in that they’re fast, simple, free, and can be performed by just about anyone. They can also be done anywhere and at virtually any time. These factors make stress relief breathing exercises one of my most popular and convenient tension tamers. Here’s how basic controlled breathing works.


How:



1.Sit or stand in a relaxed position.


2.Slowly inhale through your nose, counting to five in your head.


3.Let the air out from your mouth, counting to eight in your head as it leaves your lungs. Repeat several times. That’s it!



4.Tips:


As you breathe, let your abdomen expand outward, rather than raising your shoulders. This is a more relaxed and natural way to breathe, and helps your lungs fill themselves more fully with fresh air, releasing more “old” air.

5.You can do this just a few times to release tension, or for several minutes as a form of meditation.



frm
V.Gopalakrishnan
K.,Kumar23
Zakariah

NASA Attacks the Moon

Has a hyperactive five-year-old taken over as the director of NASA? It sure seems like it. On Friday morning, an unmanned spacecraft launched in June will crash into the moon's surface. On purpose.
Anyone not named Michael Bay is likely to ask why. Here's the answer: NASA wants to know if the twin impacts of the Lunar Crater Observation and its Sensing Satellite (LCROSS) will reveal any ice or water under the moon's surface.
Finding out shouldn't be an issue. When the twin crafts hit the lunar surface at around 6,000 mph, NASA expects "plumes of moon dust — perhaps full of ice — (to soar) 6.2 miles high above the moon's Cabeus crater."
Anticipation among the earthbound is running high. Lookups on "nasa moon bombing" are scorching the search box. Related queries on "nasa.gov" and "NASA moon mission" are also rocketing skywards. More than a few folks are wondering how much the soon-to-be-destroyed LCROSS costs. Answer: $79 million, according to Christian Science Monitor.
Clearly, this is one of those cases where a picture is worth a thousand words. We're gonna go one better and show you a video from NASA. The animated clip shows what NASA expects to happen. The entire sequence looks a bit like one of Dr. Evil's satellites crashing into the Death Star. In other words, it's awesome. See it for yourself below.




try it.
frm kumar23
v.gopal
Abang Z

must read and enjoy it

3 stupid stages of Life.....So True!

3 stupid stages of Life.....


So TRUE!

We have 3 stupid stages of Life …


Teen age: Have Time + Energy …

but No Money



Working Age: Have Money + Energy …

but No Time


Old age: Have Time + Money …but

NO Energy
Frm
1.kumaresan karunanethi
2.v.gopalakrishnan veeriah
3.Zakariah

Tuesday, October 6, 2009

KOMUNIKASI

Komunikasi

Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik. Definasi komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain".

Kategori Komunikasi

Interpersonal

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara maknusia proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

Intrapersonal

Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri).

Bentuk dan komponen komunikasi manusia

Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.

Teknologi Komunikasi

Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.

Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

Peranan Perhubungan Awam

Juruteknik Komunikasi

(Communication Technician), Juruteknik komunikasi menyediakan kepakaran khas yang diperlukan untuk program-program perhubungan awam. Oleh kerana ia sebahagian daripada kumpulan pengurusan, juruteknik bertanggunjawab menyediakan dan menghasilkan material komunikasi untuk kegunaan perhubungan awam . Juruteknik komunikasi menumpukan kepada kemahiran komunikasi (journalistic skill). Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter , kenyataan akhbar dan berurusan dengan pihak media. Mereka tidak hadir dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dan tugas mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program. Keberkesanan tindakan komunikasi dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat keputusan yang strategik dan kebolehan penyampaian. Kelemahannya mereka tidak menyumbang kepada pembuatan keputusan dan perancangan strategik.

Pakar Penentu

(Expert Prescriber), Pakar Penentu bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Pelangan atau pengurusan selalu meningalkan tanggunjawab perhubungan awam kepada pakar dan mengandaikan perhubungan awam adalah peranan yang pasif. Pakar Penentu bekuasa dalamyang sensitive. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka (two-way permasalahan dan penyelesaiannya. Mereka mendapat kepercayaan pengurusan atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan perlaksanaan program. Namun, mereka sering dipersalahkan kerana pihak pengurusan meletakkan kepercayaan seratus peratus ke atas pengamal perhubungan awam tanpa pengurus bertanyakan permasalahannya.

Pemudah-cara Komunikasi

(Communication Facilitator), fasilitator komunikasi pula berperanan sebagai broker maklumat. Pengamal berkhidmat sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai antara organisasi dan awam. Mereka juga adalah pendengar komunikasi). Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan komunikasi. Selain itu, fasilitator komunikasi turut menyediakan komunikasi turut menyediakan komunikasi untuk meningkatkan kualiti keputusan yang berkaitan dengan polisi, tatacara dan tindakan bagi kedua-dua belah pihak iaitu orang awam dan organisasi.

Pemudah-cara Penyelesai Masalah

(Problem-solving Facilitator), fasilitator penyelesai masalah berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan memandu ahli yang lain melalui proses penyelesaian masalah yang rasional iaitu melibatkan semua bahagian organisasi dalam perancangan perhubungan awam publik dan proses merancang program. Mereka berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Fasilitator penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategik dan mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan, komuniksai dan penilaian. Mereka adalah pengurusan kini yang menyediakan kandungan polisi dan prosedur iaitu kuasa membuat perubahan yang bersama-sama dengan pengamal perhubungan awam dalam aspek pembuatan keputusan dan strategi komunikasi yang berkesan memerlukan kesefahaman, cadangan dan perancangan aktiviti. Fungsi ini juga mungkin termasuk kerja-kerja penentuan belanjawan dan bertanggungjawab menentukan orang yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam. Sebagai contohnya, presiden organisasi atau CEO selalaunya orang utama yang diberi tanggungjawab dalam aktiviti perhubungan awam.

Menyemai hubungan

Kejayaan perhubungan awam professional ditentukan melalui kebolehannya membangunkan kemahiran mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam organisasi dan juga sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang diformulakan oleh pengamal perhubungan awam perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan pemasaran. Perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk membujuk publik agar profesion tersebut menjadi lebih efektif.

Menulis dan menyunting

Perhubungan awam professional sentiasa cuba menemui dan berinteraksi dengan kumpulan manusia yang besar. Dalam aktiviti tersebut, bahan bercetak merupakan perkakasan yang penting. Contohnya, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan, video, skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan pekerja, newsletter, laporan pemegang saham dan lain-lain bahan bercetak berkaitan dengan komunikasi pengurusan. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua publik iaitu publik dalaman dan juga publik luaran. Maklumat yang jelas dan gaya penulisan yang baik adalah penting bagi kerja-kerja perhubungan awam.

Maklumat

Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita kepada akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Maka, pengamal perhubungan awam perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit dan bahan yang menjadi minat penyunting. Disebabkan penyunting dan penyiar mempunyai jumlah ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa bersaing dengan pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu mendapatkan penyunting, penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak pengamal dan media.

Penerbitan

Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak ruang untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam. Perhubungan awam professional tidak memerlukan kemahiran dalam seni, reka letak, tipografi dan fotografi tetapi pengetahuan asas tentang teknik penyediaan adalah penting untuk tujuan perancangan dan penyeliaan.

Acara khas

Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan dan anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku cenderamata, bahan publisiti dan laporan.

Pengucapan

Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awamyang boleh berucap kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea berbanding penulisan.

Penyelidikan dan penilaian

Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan fakta. Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan perbualan informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pendapat publik. Selepas program lengkap dijalankan, perhubungan awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian perancangan, perlaksanaan dan keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input yang berguna kepada organisasi melalui penyelidikan dan penilaian yang dilakukan dalam aktiviti perhubungan

Profesionalisme Pengamal Perhubungan Awam

Kajian terawal mengenai tahap profesonalisme pengamal perhubungan awam telah dilakukan oleh Gruning dan Hunt (1984) di kawasan Baltimore, Washington. Beliau menggunakan empat dimensi untuk membezakan pengamal yang professional daripada yang tidak professional. Empat dimensi tersebut ialah:-

  1. Pengamal nilai-nilai professional - Kebebasan daripada pengawasan yang berterusan semasa menjalankan tugas. Mempunyai pekerjaan yang bernilai dan penting kepada masyarakat. Berpeluang mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan. pengiktirafan daripada pengamal perhubungan awam yang lain. Golongan yang menentukan tahap profesionalisme mereka seperti ahli masyarakat, pihak pengurusan organisasi, pengamal perhubungan awam, pemimpin-pemimpin organisasi perhubungan awam.
  2. Nilai-nilai kerjaya iaitu pendapatan, keselamatan, status, dan pengiktirafan daripada golongan atasan dalam organisasi.
  3. Indeks aktiviti yang dilakukan oleh seorang pengamal perhubungan awam seprti menghadiri mesyuarat, mempersembahkan program, rancangan yang berkaitan dengan bidang perhubungan awam. Responden juga ditanya sama ada mereka menjadi ahli dalam Public Relation Society of America (PRSA).
  4. Latihan dan kelayakan yang ada pada pengamal perhubungan awam seperti mempunyai kelayakan dalam bentuk sijil, diploma, ijazah dalam bidang perhubungan awam.

Kesemua nilai professional dan nilai kerjaya adalah sama seperti yang digunakan oleh McLeod dan Hawley (1964) untuk mengkaji tahap profesionalisme wartawan dari Milwaukee. Gurning dan Hunt (1984) membandingkan nilai-nilai professional yang diperolehi dengan nilai kerjaya.

Indeks professional McLeod dan Hawley (1964) terdiri daripada 24 ciri-ciri pekerjaan yang diinginkan dalam mana-mana pekerjaan yang dibahagikan kepada 12 item professional dan 12 item bukan professional. Pengamal yang professional akan memberi skor yang tinggi dalam item professional daripada item bukan professional.

Dua belas item professional yang disenaraikan oleh McLoed dan Hawley ialah:-

  1. Penggunaan penuh kebolehan dan latihan
  2. Peluang untuk keaslian dan dayausaha
  3. Peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan pengetahuan.
  4. Mencapai kemajuan dalam kerjaya professional.
  5. Bekerja dalam syarikat akhbar yang dikenali dan dihormati oleh wartawan lain.
  6. Pekerjaan yang dinilai dan penting kepada masyrakat.
  7. Penghormatan kepada kebolehan dan kecekapan rakan sekerja.
  8. Berpeluang mempengaruhi pemikiran public.
  9. Penyelia yang menghargai masa anda untuk memperbaiki kebolehan anda.
  10. Kebebasan daripada pengawasan rapi dalam menjalankan tugas.
  11. Berpengaruh dalam membuat keputusan.
  12. Satu pekerjaan yang membuat organisasi berbeza kerana saya menyumbang kearahnya.

Manakala 12 item bukan professional pula ialah:-

  1. Keseronokan dalam penglibatan kerja.
  2. Terdapat sokongan daripada orang lain
  3. Mencapai kemajuan dalam organisasi
  4. Pendapatan yang lumayan untuk menjalani kehidupan yang baik
  5. Bekerja dengan orang dan bukan benda-benda
  6. Keselamatan kerja kerana ia stabil
  7. Kegembiraan dan kepelbagaian dalam kerja
  8. Bekerja dengan orang-orang yang bersefahaman
  9. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam masyarakat
  10. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam organisasi
  11. Pekerjaan yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang ternama seperti pemimpin Negara.
  12. Pekerjaan yang tidak menganggu keluarga saya.

POSTED BY :

NOREZA ALI

ROHAYA A.KADIR

KHAIRUL IZWAN MUSA



KEMAHIRAN ABAD 21(kemahiran kolaboratif)

STRATEGI KOPERATIF DAN KOLABORATIF
Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.

Pembelajaran Koperatif (PK)
Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. Untuk tujuan kursus, modul ini melaksanakan cadangan pendekatan pelaksanaan strategi pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.



Definisi dan konsep
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.

Contoh dalam Rajah di bawah menunjukkan bagaimana aktiviti dibentuk apabila struktur Roundtable digabungkan dengan isi kandungan (satu senarai nombor perdana atau contoh lain seperti haiwan jinak, kata adjektif)


Ciri-ciri utama pembelajaran koperatif.
Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi
• Pencapaian akademik
• Kepekaan positif kepada kepelbagaian
• Pemantapan kemahiran sosial
Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah.

K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)
I Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)
S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)
S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)
E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)
S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /
berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)





Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif
Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi
• Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,
• Kemahiran sosial
• Pengurusan (termasuk isyarat senyap)
• Prinsip PIES
• Keazaman / kemahuan (willingness) untuk bekerjasama
• Struktur-struktur (Kagan)

Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah
• P Pergantungan positif (Positif interdependence)
• I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
• E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
• S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)
Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.
Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui
• Bilik darjah yang demokratik
• Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar
• Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif. Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.
Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.


Ganjaran kumpulan:
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

Tanggungjawab individu:
Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

Peluang yang sama untuk berjaya:
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.

Peranan ahli:
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.

Interaksi:
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

Kemahiran berkumpulan:
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam kumpulan.
Penilaian kumpulan:
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Dalam menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, terdapat dua model yang boleh dijadikan rujukan. Model-model tersebut adalah model yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson dan model Kagan. Topik ini akan menfokuskan kepada prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.

PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan. Apakah PIES? Klik pada setiap huruf di bawah untuk penerangan lanjut.


Positive Interdepence (Saling Kebergantungan Secara Positif):
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu):
Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu.
Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.



Equal Participation (Penglibatan Sama Rata):
Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.

Structure (Struktur):
Terdapat banyak struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan. Anda akan mempelajari mengenai struktur-struktur ini dalam mukasurat seterusnya.
Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:

1. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

2. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

3. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

4. Social Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi salah satu dari kemahiran-kemahiran di bawah:
1. Think-Pair-Share
Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas.

2. Round Robin
Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.

3. Persemukaan (Trade a Problem)
Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.
4. Pembahagian tugas (Assigning Roles) Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.

Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Perancangan
• memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan (content)
• memilih struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran (samada untuk tujuan pencapaian akademik atau kemahiran sosial)
• menentukan kriteria untuk membentuk pasukan pelajar (secara rawak, mengikut pelbagai kebolehan / mixed ability dll.)
• menyediakan bahan sama ada kad arahan, kertas sebak dan lain-lain.
• merancang penggunaan optima masa dan ruang ( Jigsaw – sebagai parallel session ) dan ruang (susun atur tempat duduk dll.)


Pengendalian
• menjelaskan matlamat pembelajaran
• memberi maklumat asas untuk membentu proses p & p (bahan cetak,
• penubuhan pasukan
• menentukan langkah penyelarasan aktiviti (silent signal, gatekeeper, sistem ganjaran dll.)
• menentukan pengendalian aktiviti penilaian (pembentangan, pair-check dll.)









Pengurusan
• membentuk semangat pasukan/ bekerjasama (pergantungan)
• menjelaskan kemahiran sosial (berkongsi – roundrobin, pair checks ; penglibatan sama rata – talking chips , timed pair share dll.)
• melakukan brain breaks (aktivitiuntuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi)

Penilaian merujuk kepada
• masteri (berpandukan Taksonomi Bloom)
• kemahiran berfikir
• pengongsian maklumat (samada antara ahli pasukan atau antara pasukan-pasukan lain).
• kemahiran berkomunikasi
Ringkasnya, pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat
Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai, pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya dan unsur-unsur dalam persekitarannya.
Secara amnya, cadangan prosedur pelaksanaan bagi setiap struktur koperatif yang dinyatakan di atas akan melalui proses seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Masa untuk mengendalikan sesuatu struktur adalah fleksibel. Adalah diharapkan peserta dapat didedahkan dengan seberapa banyak struktur yang dapat sesuai dengan mata pelajaran masing-masing. Untuk meningkatkan kemahiran ini, peserta diharap dapat belajar secara terarah kendiri.

PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Walaupun ada persamaan dalam beberapa aspek tetapi pembelajaran kolaboratif berbeza daripada pembelajaran koperatif. Pembelajaran kolaboratif mempunyai ciri-ciri utama, antaranya, seperti berikut;
• Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid – cth maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.
• Perkongsian kuasa antara guru dan murid – empowerment kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik dll.
• Guru sebagai mediators – bantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru.
• Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya dan guru.
Terangkan struktur
Berikan rangsangan (isi kandungan)
Peserta berinteraksi
mengikut struktur
Bincang dan semak Prinsip PIES dan konsep PK
Bincang semula cara pengendalian
struktur
Peserta memberi contoh aplikasi dalam mata pelajaran
Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif ditunjukan dalam jadual di bawah.









Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kolaboratif
Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan
Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.
Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan.
Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.
Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif.
Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.
Hasil secara kumpulan
Hasil secara individu.



POSTED BY :
KHAIRUL IZWAN MUSA
NOREZA ALI
ROHAYA A. KADIR

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM

Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam.

Saya juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Dengan mempelajari teknik-teknik yang betul maka lama-kelamaan rasa gemuruh dan gementar dapat di atasi dan dikawal apabila telah terbina keyakinan diri setelah berulangkali berceramah.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca teknik-teknik pengucapan awam yang mudah dan berkesan.

1)Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam akan mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut .

2)Mula membuat pemerhatian pada perucap-perucap untuk kita jadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah. Lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka.

3)Perlu buat persediaan sebelum berucap. Sediakan rangka dan isi yang ingin kita sampaikan. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka mendengar isi ucapan kita.Buat rujukan yang perlu.
4) Buat latihan denga menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks.

5) Jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

6) Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap dahulu dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai

7) Penerimaan diri. katakan : khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku sayangi mereka.

8)Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh khalayak anda.

9) Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian

10) Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15%

11) Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah benar-benar bersedia dengan ucapan ini.

12)Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap.

13) Sulamkan ucapan anda dengan jenaka .

14) Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'.Gunakan pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda.

15) Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagiang tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata anda akan 'mengikat' khalayak anda untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat
16) Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda.

17) Datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut.

18)Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya.

19 ) Perkara yang paling penting doa seperti doa rabbi srahli sadri wayassirli amri....hingga akhir

Selamat berucap!

Sumber : http://mindataqwa.blogspot.com




posted : NOREZA ALI

ROHAYA A.KADIR

KHAIRUL IZWAN MUSA




Pengucapan Awam – Seni yang Unik


Semua orang pernah berucap tapi sejauh mana ucapan anda berpengaruh

Pelbagai bentuk pengucapan awam sama ada pidato, debat, perbahasan, pembentanagan, forum atau syarahan adalah merupakan satu seni yang unik. Seni pengucapan awam ini tidak semua yang mampu mengusainya tetapi boleh di pupuk dengan latihan dan komitmen yang tinggi. Bagaimana yang dikatakan seni pengucapan awam ?

1. Seni memujuk.

Selalunya aspek pujukan digunakan pada hujung pengucapan anda. Ianya tidak bersifat terlalu mengada-ngada sehingga mendatangkan kebencian audience tetapi teknik pujukan ini secara “gentleman” yang dimempersonakan. Selalunya kemahiran teknik ini digunakan oleh pemidato atau pendebat. Mereka akan menggunakan 1 minit yang terakhir untuk memujuk audience dan hakim mempercayai terhadap hujah mereka. Selalunya nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika teknik ini digunakan sepenuhnya, i mampu membuatkan para penonton anda bangun memberi tepukan gemuruh kepada anda.

2. Seni pegunkan audience.

Bukan senang untuk melahirkan kepercayaan audience kepada “speaker”. Ianya memerlukan aura yang tersendiri untuk pegunkan audience. Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan termasuk mata serta dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi audience.

3. Seni mengubah hipotesis audience.

Selalunya audience akan membuat tanggapan atau “jatuh hukum” awal terhadap topic sebelum anda membentangkannya. Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan fakta. Setiap perkataan yang digunakan diperincikannya. Tidak hairanlah seorang peguam boleh menang kes dengan hanya kerana satu perkataan.

4. Seni bahasa badan dan mimik muka.

Kita juga akan mudah boring jika si pembentang hanya berdiri kaku seperti ‘robot” menyampaikan hujah. Tidak langsung menggerakkan badan dan wajah semasa berucap. Jesteru, kepakaran menggunakan anggota badan sangat penting untuk mempengaruhi audience seperti senyum, bermain dengan wajah sama ada marah, sedih dan sebagainya. Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah dan bahasa badan anda disepadukan bersama.

5. Seni gaya bersahaja.

Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato yang hebat. Seni ini selalunya ada pada pendebat-pendebat kerana mereka hanya diperuntukkan setengah jam sahaja untuk memikirkan tajuk yang akan dibahasakan. Namun, mereka kebanyakkanya berjaya menyampaikan hujah dengan spontan dan yakin.

7. Seni menjawab soalan secara spontan.

Salah satu babak yang di takuti oleh pembentang ialah pasa sesi soal jawab. Kebanyakkan dari pembentang sengaja melanjutkan ucapan mereka menyebabkan masa sangat suntuk untuk soal jawab. Ada juga audience yang sengaja menanyakan soalan yang “pelik” dan macam-macam lagi. Memberi respon terhadap soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oelh semua pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta tenang merupakan seni pada pengucapan awam.

7. Seni mengawal suasana serta reaksi audience.

Kita akan bertemu dengan berbagai ragam audience. Sikap-sikap seperti tidur, bercakap sesame sendiri di kalangan peserta, mimik muka tanda tidak faham dan mimic muka tanda tidak bersetuju dan sebagainya akan kita ketemui. Bagaimana kita hendak mengembalikan perhatian mereka kepada anda? Bagaimana hendak memukau mereka untuk faham apa yang diperbincangkan ? Semuanya ini satu seni yang memerlukan kepada pengalaman serta kemahiran.

Sumber : http://hariridaud.wordpress.com


posted by: NOREZA ALI

ROHAYA A. KADIR

KHAIRUL IZWAN MUSA


CONTOH PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM

PENULISAN JURNAL

MINGGU PERTAMA

· MASALAH

Saya tidak dapat sebarang kelas relief untuk membolehkan saya mengadakan sebarang sesi bimbingan. Walaubagimanapun, Pn Aniza telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggantikannya. Saya kesal kerana tidak diberikan jadual ganti tersebut sedangkan penerangan peringkat awal telah dilakukan kepad pihak pentadbir.

· ANALISIS

Saya dapati masalah ini terjadi kerana silap penerangan oleh pihak saya. Mungkin pihak pentadbir mengganggap kami tidak perlu masuk ke kelas kerana tempoh masa praktikum yang ada amat suntuk.

· CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu berjumpa dengan pihak pentadbir dan menerangkan semula kepada mereka tentang niat asal kedatangan kami agar diberikan kerjasama yang sepatutnya.

· TEMPOH MASA

Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin memandangkan waktu yang ada agak suntuk. Ini untuk memastikan saya akan mendapat jadual relief pada minggu hadapan untuk memudahkan saya mengadakan sesi bimbingan dan mendapatkan klien.

· PENILAI KEJAYAAN

Saya akan meminta rakan praktikum saya menjadi penilai kejayaan saya untuk berhadapan semula dengan pihak pentadbir.

· TINDAKAN SUSULAN

Saya akan lakukan perkara ini lagi sekiranya tindakan saya pada minggu ini tidak mendatangkan apa – apa kesan positif kepada diri saya.



POSTED BY : ROHAYA A.KADIR