Friday, September 11, 2009

Kemahiran Kaunseling



Amat sukar untuk memberikan pembahagian yang jelas tentang jenis kemahiran mengikut tahap dalam proses kaunseling yang begitu kompleks. Setiap kemahiran diteruskan dari satu tahap ke tahap yang lain dengan memberi penekanan yang berbeza-beza. Setiap pertolongan yang diberi akan berada di tahap yang memerhatikannya. Tetai untuk keperluan latihan, adalah perlu membahagikan kemahiran kaun-seling mengikut beberapa tahap, walaupun kemungkinan berlaku tindan lapis.

Apabila anda berperanan sebagai kaunselor, pastikan keadaan adalah selesa dan relax bagi memudahkan perbincangan sempurna dijalankan.

KEMAHIRAN PRASESI

Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan dan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:

Perancangan prasesi

sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi ugas klien, ini mungkun berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah lak dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien tadi hendaklah disenaraikan; manakala tingkah laku standard dan prestsi yang dijagka disediakan. Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

Keselesaan klien

Di awal sesi, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien libih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit-belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihattin dengan deadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan harus tidak mengancam, jika tidak, klien akan berasa terancam dan menjadi defensif. Ini akan merugikan kerana tiada apa yang akan tercapai.

Kemahiran Membina Hubungan

Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut adalah beberapa kemahiran asas yang diperlukan:

MEMBINA SUASANA ALAM SEKELILING
Oleh kerana sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih serta tajuk perbincangan adalah serius, tempat yang sesuai diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi idak menyakitkan pinggang, atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikitan. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat lalu-lalang sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang bertimbun di atas meja shingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor.





dipetik dr http://kaunselingindividu.blogspot.com
posted by : norlie_esza ( kono )

No comments:

Post a Comment