Tuesday, October 6, 2009

CONTOH PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM

PENULISAN JURNAL

MINGGU PERTAMA

· MASALAH

Saya tidak dapat sebarang kelas relief untuk membolehkan saya mengadakan sebarang sesi bimbingan. Walaubagimanapun, Pn Aniza telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggantikannya. Saya kesal kerana tidak diberikan jadual ganti tersebut sedangkan penerangan peringkat awal telah dilakukan kepad pihak pentadbir.

· ANALISIS

Saya dapati masalah ini terjadi kerana silap penerangan oleh pihak saya. Mungkin pihak pentadbir mengganggap kami tidak perlu masuk ke kelas kerana tempoh masa praktikum yang ada amat suntuk.

· CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu berjumpa dengan pihak pentadbir dan menerangkan semula kepada mereka tentang niat asal kedatangan kami agar diberikan kerjasama yang sepatutnya.

· TEMPOH MASA

Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin memandangkan waktu yang ada agak suntuk. Ini untuk memastikan saya akan mendapat jadual relief pada minggu hadapan untuk memudahkan saya mengadakan sesi bimbingan dan mendapatkan klien.

· PENILAI KEJAYAAN

Saya akan meminta rakan praktikum saya menjadi penilai kejayaan saya untuk berhadapan semula dengan pihak pentadbir.

· TINDAKAN SUSULAN

Saya akan lakukan perkara ini lagi sekiranya tindakan saya pada minggu ini tidak mendatangkan apa – apa kesan positif kepada diri saya.



POSTED BY : ROHAYA A.KADIR

No comments:

Post a Comment