Sunday, October 11, 2009

Refleksi Kaunseling Kelompok Kerjaya di SJKC Mun Choong

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Bahasa Melayu

Nama Guru : Cheah Poh Choo

Mata Pelajaran : Kaunseling Kelompok

Unit : KDP 14M –Bimbingan dan Kaunseling

Tajuk Tugasan : Refleksi Hasil daripada Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Menjalankan Sesi Kelompok.

Tarikh Mula : 1.9. 2009


Pengenalan

Kaunseling kelompok merupakan satu proses yang menghubungkan individu dalam sekumpulan orang secara dinamik tentang tingkah langkku dan pemikiran yang ditimbulkan yang melibatkan fungsi-fungsi terapi (pemulihan) seperti usaha mengesahkan dan memperakui kenyataan, meluahkan perasaan, saling percaya-mempercayai, mengambil berat, persefahaman, penerimaan dan sokongan. Semua fungsi terapi ini digunakan dalm sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor.

Semasa menjalankan praktikum selama 4 minggu di SJK (C) Mun Choong, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Saya dapat satu senarai nama kelompok yang terdiri daripada enam murid Melayu dalam Kelas yang sama iaitu Fatin, Lea Hanis, Harashikin, Yanie, Nur Fadhlin dan Zulkifri, Kelas 6S untuk menjalankan sesi kelompok Kaunseling Kerjaya. Kelompok kaunseling kerjaya diadakan bagi pelajar-pelajar yang berminat terhadap maklumat kerjaya atau pekerjaan. Dengan maklumat yang ada, saya akan membimbing dan meyakinkan pelajar agar mereka mudah mencari dan memilih pekerjaan yang sesuai. Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan sebanyak empat sesi selama ½ jam setiap sesi.

Matlamat kaunseling kelompok ini ialah;
a) Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut minat dan kebolehan
b) Menolong pelajar pelajar penyesuaian diri, sosial, emosi dan akedemik dengan persekiran untuk memotivasikan diri ke arah kejayaan.
c) Mengenali diri tentang kelebihan dan kelebihan diri.
d) Memupuk pelajar supaya lebih menyakinkan diri tentang pilihan kerjaya mereka.
Mengikut Hansen dan rakan (1980) peringkat-peringkat kaunseling kelompok terbahagi kepada lima iaitu;
1. Peringkat Permulaan
2. Peringkat Konflik Pertentangan
3. Peringkat Perkembangan dan Kesepaduan
4. Peringkat Hasil
5. Peringkat Penamatan


Peringkat Permulaan
Dalam Peringkat ini , sebagai permulaan setiap ahli kumpulan telah memperkenalkan nama dan latar belakang peribadinya secara ‘round Robin’. Oleh kerana masa sekarang adalah bulan berpuasa, murid-murid juga melahirkan perasaan mereka tentang persediaan untuk meraikan perayaan ini. Peranan saya sebagai permulaan adalah untuk menggalakkan penyertaan dan sumbangan ahli-ahli dalam sesi perbincangan dan penstrukturan telah diberikan supaya ahli-ahli akan memegang kerahsiaan di antara ahli.

Peringkat Perkembangan dan Kesepaduan

Seterusnya perkara-perkara yang penting dalm peringkat ini ialah mewujudkan suasana kemesraan dan kepercayaan bersama. Pada mulanya, saya menyuruh ahli-ahli supaya membayangkan pekerjaan idamannya pada satu hari nanti selama 1 minit. Ahli-ahli agak kabur dan tidak yakin diri tentang pilihan mereka semasa memberi pendapat mereka. Oleh itu, saya memberi tugasan kepada ahli-ahli supaya balik ke rumah untuk memikirkan satu pekerjaan yang sesuai dengan persolnaliti dan minat diri sendiri dan membawa gambar keratan akhbar yang berkaitan pekerjaan tersebut sekiranya ada. Saya juga menyentuh tentang isu harapan mereka tentang keputusan UPSR mereka. Ahli-ahli kumpulan juga ingin mendengar pendapat ahli lain. Dengan ini kepercayaan di kalangan ahli akan meningkat dan kesepaduan akan mudah dicapai sekaligus.


Peringkat Hasil

Apabila suasana kesepaduan dalam perbingcangan berjalan dengan baik, mudalah bagi saya untuk menggalakan setiap ahli supaya berani mengeluarkan cadangan-cadangan mereka. Fatin mengeluarkan pendapat hendak menjadi Pengarah dalam sesuatu organisasi kerana suka memimpin orang dan selau menceburi sebagai ketua dalam Persatuan Sabit Merah. Lea yang hendak menjadi penulis ada blog sendiri supaya dapat melatihkan diri untuk persediaan latihan diri pada masa hadapan. Norashikin walaupun ada masalah kulit yang mengganggukan imegnya tetapi azam untuk menjadi seorang guru dan mendidikan anak-anak bangsa akan datang. Yanie yang bercita-cita menjadi penyanyi sentiasa ada sokongan dari ayah di pentas semasa mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian, sokongan positif diberi oleh ahli kumpulan. Hasil dan buah fikiran yang diluahkan telah memberi kepuasan kepada ahli.

Peringkat Penamatan

Dalam peringkat akhir ini, saya menjalankan satu aktiviti yang bertajuk `Cermin Diri’ agar mengenali diri tentang kelebihan dan kelemahaan diri dengan menunjukan cermin kepada ahli kumpulan. Mereka menerima bahawa setiap mempunyai kelemahan diri dan bukan setiap benda ada kesempurnanya seratus peratus. Ahl-ahli telah memberikan peluang untuk menyatakan komen diri berdasarkan cermin.

Seterusnya, saya menggalakan ahli-ahli membuat ringkasan dan resolusi hasil daripada sesi sepanjang yang dijalankan. Pada akhir sesi ini juga, ahli-ahli sudah mempunyai kesedaran untuk memperbaiki kelemahan diri untuk cemerlang. Contohnya ada ahli yang tidak suka tentang hidung dan rambutnya.Mereka juga bersetuju untuk mengambil tindakan yang positif untuk persiapan diri bagi menghadapi pelbagai cabaran, malah mereka menyedar bahawa dalam kehidupan dunia ini kita tidak bersendirian malah memerlukan antara satu sama lain.

Rumusan

Secara keseluruhanya, matlamat kelompok init dicapai kerana dapat mewujudkan tingkah laku yang positif hasil daripada rangsangan daripada ahli-ahli kelompok. Salah satu kelemahan yang perlu ditingkatkan lagi ialah disiplin ahli perlu diambil kira.Selain itu, kumpulan dapat memahami persamaan dan kelainan di antara ahli-ahli kelompok serta dapat berkongsi idea. Ahli juga melahirkan sifat-sifat yang baik seperti jujur, iklas dan bertanggungjawap dalam membicarakan sesuatu dan memahami diri sendiri dengan lebih mendalam tentang pilihan kerjaya mereka. Dengan itu, kejayaan sesi haruslah ke arah bekerjasam dan bukannya paksaan dan memerlukan seseorang kaunselor untuk mendengar dan memahai apa yang diperkatakan oleh klien supaya membantu klien menghadapi masalah psikologi dan akhirnya matlamat kelompok dapat dicapai.

1 comment:

  1. hmm...proses kelompok yang dinamik, tahniah cheah

    ReplyDelete